Sukar berlabuh
sebuah bahtera keinsafan
memberanikan aku sebagai nakhoda
dilautan luas gelombang yang datang
menghanyutkan segala
kemudi kedasar dosa...

Kucekalkan diriku
bergapaian air mata
meluncur bahtera ke pulau redha
kupasrahkan hatiku
meredah gelombang cinta
yang luas menggunung menghempas dosa...

Kalau tiba kepantai putih
hamparan pasir permaidani terbentang luas
rahmat dan kasih sayang Mu

Kembali bertawadhuk
dipulau yang redha ni
kuhindarkan naluri
segala mazmumah diri
beralunan lautan
bertiup bayu kesempurnaan
ditaman itu jiwa bersemadi....

Kini danau nurani bersih
berwudhu'air mata yang gugur
menyerah diri kepada Allah
mendamba kasih menghina diri
syukur hamba dengan keinsafan
telah berhijrah akan diriku
di bawah naungan keampunan
hidup matiku hanya untukMu....
http://www.youtube.com/watch?v=SSeHhvRGtks
*menggapai cinta Allah memerlukan seribu pengorbanan...setiap langkah menuju Allah pasti akan Allah balas dengan balasan yang baik..lagu ni mmg terkene ngn diri sendiri..memang sukar untuk melabuhkan cinta kita kepada Allah saw...kadang kala kita leka dengan duniawi..dan kadang kala juga kita tersasar...tp selalulah beringat bahawa dunia hanyalah tempat persinggahan dan tak kekal lama...Akhiratlah destinasi sebenar kita...tempat yg Abadi..."Janganlah kita mengejar dunia, kerana kita akan dapat dunia sahaja..tp kejarlah Akhirat kerana kita akan dapat kedua-duanya"...dan ingatlah, tidak Allah jadikan manusia dan jin ini melainkan hanya untuk beribadah kepada-Nya..sama2 lah kita mencari keredhaan-Nya dalam segala perkara yang kita lakukan...di situlah kita akan dapat ketenangan yang hakiki...ILA MARDHOTILLAH..peringatan untuk diri sendiri juga.....sama2 lah kita bermujahadah..mujahadah melawan hawa nafsu kita...insya-ALLAH..

0 comments:

Post a Comment

.:: Masa ibarat Pedang ::.

About this blog

Sahabat

Sembang Ukhwah


ShoutMix chat widget

My Blog List