Assalamualaikum...semoga kita dalam lindungan-Nya sentiasa..insya-Allah..

tgh2 bace komen org lain, tetiba terjumpe artikel ini...thanks kpd yg mengarang artikel ini...sgt bermanfaat kpd diriku ini dan diharap bermanfaat juga kpd yg membacanya...

Engkau-Kah Pencinta Wanita?

Em, semalam semasa aku balik dari library, ketika sampai sahaja di rumah sewa kawanku. Aku terpandang dan terdengar sebuah klip video lagu ' aku memang pencinta wanita... namun ku bukan buaya... aku memang pencinta wanita... yang lembut seperti dia... bla, bla, & bla lagi..' huhu, aku pun terlayan lah sekali... em, yap sampai habis.

Selepas je habis lagu tu, aku terus terbaring. Fikiran terus melawang memikirkan beberapa rangkap lagu tadi. Em, Setakat manakah kau mencintai wanita? Kalau difikir-fikirkan dan diteliti daripada klip video tu, aku confius sangat-sangat. Adakah wanita yang macam tu kau nak cintai bagai nak rak... kalau aku, rasanya kau patut rasa kasihan atau pun simpati, tapi bukan mencintai.

Memang patut kita kasihankan wanita yang macam tu. Kerana, di samping si lelaki-lelaki yang memakai baju yang penuh bergaya... em, bergaya ker? Boleh la juga dikata bergaya, em, kira pakaian yang ok la... (compare dengan si wanitanya) si wanitanya pulak memakai pakaian yang aduhai... terkoyak sana dan sini. Terabak di bawah dan terlondeh di atas. Tu yang aku kasihan tu. Then, tayang sana, tayang sini... huhu, malu aku nak mencintai wanita sepertinya...

Begitu murah harga badannya untuk ditayang dan dieksploitasi ke sana dan ke mari. Bagi aku, wanita macam tu sebenarnya dah tak ada harga dah. Senang sangat untuk tengok aurat-nya. Free jer kan...

Then, aku terus termenung memikirkan... 'macam sama je gambaran dengan wanita-wanita jahiliyyah ketika sebelum kedatangan Islam'. Yang mana menurut Imam Mujahid (dalam menafsirkan ayat ke-33 surah al-Ahzaab), "Suatu ketika dahulu, golongan wanita berjalan di hadapan lelaki (tanpa segan silu). Then, Imam Qatada pula berkata, "Suatu ketika dahulu, kaum wanita berjalan di hadapan lelaki dengan gaya yang menghairahkan.

Huhu, menakutkan. Wanita sekarang semakin mencintai kejahilan (dalam ber-agama). Ingin kembali kepada dunia jahiliyyah. Mereka dah mula menolak kemurnian dan kesempurnaan. Mana tidaknya... di kala lelaki berpakaian elok-elok menutup seluruh badan dan tubuhnya, tiba-tiba si perempuannya berpakaian 'pelik'. Pelik... kerana dibuka sana dan sini. Macam manusia sakai (purba), cuma berbeza pada textile tapi gaya (fesyen) tetap sama. Hanya ditutup pada sebahagian bahagian tubuh tertentu sahaja. Manakala sebahagian bahagian lain dibuka untuk tanyangan umum (U) dan tanpa sensor.

Aku terus melawang dan berfikir, di kala zaman awal kedatangan Islam, Islam turut datang dengan syariat untuk menyelamatkan wanita di zaman jahiliyyah ketika itu. Di kala bayi-bayi perempuan yang baru lahir dibunuh sesuka hati (berdasarkan adat mereka), Islam datang menegah supaya jangan dibunuh bayi yang tiada dosa itu. (Boleh rujuk Surah at-Takwiir (81): 8-9).

Dan di kala wanitanya dijadikan bahan pemuas nafsu semata-semata, Islam datang melindungi wanita dengan syariatnya yang syumul. Wanita bukan lagi simbol seks dan barangan eksploitasi mainan lelaki. Wanita dilindungi dengan pakaian yang baik-baik. Wanita dilindungi dengan jilbab dan kain tudung. Wanita dicintai dengan cara yang sebaik-baiknya. Wanita diberikan ilmu dan ruang untuk membina peribadi yang unggul. Wanita menjadi pembimbing (pengasuh) utama dalam membina dan melahirkan generasi manusia cemerlang dalam pelbagai bidang. (Rujuk Surah an-Nuur (24): 31, al-Ahzaab (33): 59), (al-Hujuuraat (49): 13), (at-Taubah (9): 71).

Ia sungguh memperlihatkan kepada kita betapa hebatnya impact kedatangan Islam ke tanah arab pada masa itu. Daripada wanita yang dianggap tidak punya nilai, Islam datang menjadikan wanita aset insani (modal insanlah kiranya) yang sangat tinggi nilai dan martabatnya di dalam dunia yang sedang membina tamadun. Islam memperjuangkan hak kesamarataan tanpa mengira lelaki dan wanita, Islam mementingkan aspek taqwa dan keimanan. (Rujuk Surah al-Hujuuraat (49): 13)

Namun, kini... apa dah jadi ni... para wanita dah lupa semua sejarah-sejarah tu ke? Atau tak ambil tahu langsung? Mereka lebih enak dibuai kejahilan dan nafsu buas bersama si lelaki sampah. Em... carilah lelaki yang baik-baik...

Aduhai wanita, marilah bangkit semula dan berpegang kepada perundangan Islam yang sangat sempurna bagi tujuan membina peribadi-mu... peribadi seorang muslimah sejati. Bagi meraih keredhaan yang hakiki... keredhaan Ilahi.

Jagailah dirimu... suatu aset yang amat tinggi nilainya. Jika engkau sendiri yang tidak menjaga dirimu dan tidak memperhiasi dirimu dengan akhlak Islami... siapakah lagi yang akan bertanggungjawab melindungi-mu dari segala ancaman buas nafsu duniawi yang hanya memperdayakan ini. Ingatlah, " Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (Ali Imran, (3): 185)

Aduhai wanita, andainya dirimu habis ternoda... maka itu adalah silapmu sendiri kerana engkau yang alpa...

Renungilah maksud ayat ini;

"Maka janganlah kamu melunakkan (mengghairahkan) dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" (al-Ahzaab (33): 32)

"Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya (pakaian yang menutup aurat dengan baik) ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal (pembeza keimanan - muslimah), karena itu mereka tidak di-ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (al-Ahzaab (33): 59)

Ayat ini menerangkan mesej yang sangat jelas kenapa hari ini terlalu banyaknya gejala buruk menimpa wanita.

Maka... jelaslah di sini siapa sebenarnya 'PENCINTA WANITA' yang hakiki. Iaitulah ALLAH melalui syariatnya... Islam.

Dan, kepadamu lelaki... bukan semudah yang disangka untuk memiliki wanita (bukan hanya dengan cinta), perlulah melalui perundangan yang sah. Bukan main tibai jer... Jika benar anda pencinta wanita, buktikan dengan etikanya.

Em... wanita, jadilah wanita yang baik-baik... demi masa depan anda!

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). " (Surah an-Nuur (24): 26)

*artikel ni mengingatkan kita ttg bagaimana kita ingin mencintai seseorang itu...cintailah seseorang itu dengan cara kita xnak dia diazab oleh Allah di akhirat nanti...so, jagalah batas-batas yg Allah dah tetapkan antara laki dan perempuan dalam bermuamalat...kita nak dia sama2 selamat di dunia dan akhirat nanti...jangan pula kita sbg wanita ini yg melalaikan pemuda2 islam kita..dan jgnlah kita menjadikan diri kita sbg fitnah kpd shabab...saling-saling lah kita ingat-mengingati di antara satu sama lain...insya-Allah


Assalamualaikum dan salam ukhwah fillah kepada sahabat-sahabat sekalian..
Semoga kita berada dalam lindungan dan naungan Allah setiap masa...insya-Allah

Setiap hari kita akan berhadapan dengan pelbagai masalah...ada yang senang diselesaikan, ada yang memakan masa yang lama dan mungkin bertahun-tahun...masalah merupakan ujian Allah untuk menguji iman hamba-Nya..dan sering kali diri ini lupa dan alpa...mula lah putus asa datang dan kadang kala cuba lari dr masalah...tp, kemana nak lari??? boleh ke lari??? cuba lah lari..hakikatnya, kita akan tetap berada di dunia nyata ini, melainkan mati...dan begitu juga aku sedar, aku perlu belajar merima hakikat...hakikat Allah timpakan masalah itu sendiri...setiap kali ditimpa ujian, setiap kali itu ku berdoa..Ya Allah, jgnlah kau masukkan aku ke dalam golongan orang-orang yang berdosa atas kebodohanku dan kelalaianku ini...dan apa yang aku mampu lakukan adalah berdoa dan berserah kepada-Nya...

Ada 1 masalah yang saya sgt2 down dan xtau camne nak tolong org yang saya sayang....apa yang saya dapat lakukan, cuba untuk jd pendengar yg baik dan cuba patuh kata-katanya...tp itupun xmampu untuk jd pendengar yang baik...dan kadang-kadang saya x sanggup dgr semua itu...1 hakikat yg perlu semua org tempuh dan saya pun perlu kuat seperti orang-orang lain yg lebih teruk dugaannya dr saya...Ya Allah, tunjukkanlah kujalan dan Kau lapangkanlah hati orang yg kusayangi itu...sesungguhnya semua itu adalah milik-Mu..hanya Engkau yg berhak memberikan petunjuk, hidayah, kelapangan hati dan ketenangan kepada hamba yang Kau kehendaki...tak sanggup lihat orang yg disayangi hidup dlm kedukaan sepanjang hayatnya...walau apa-apapun, hidup perlu diteruskan..

"Seindah-indah mimpi, sedarlah ia hanya satu fantasi tapi sepahit-pahit kehidupan, namun ia tetap satu realiti. Manusia sering memilih keindahan tanpa menyedari disebalik kepahitan itulah tersembunyi kemanisan. Belajarlah mencari kemanisan dari kepahitan kerana di situ terletak erti kehidupan"

saya nak share satu artikel bermanfaat ini dengan sahabat sekalian....semoga iman kita meningkat dan sama-sama lah kita memperbaiki diri sendiri...



Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan?

..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui..
(albaqarah:216)

Kenapa Susah Sangat Ujian Ini?

… dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya…
(albaqarah:286)

… sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan…
… (ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan…
(alinsyirah:5&6)

“Do you really think that you will enter Paradise without such trials as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, ‘When will come the Help of Allah?’
Yes, certainly the Help of Allah is near!”
[Quran 2:214]

Rasa Frust? Tension? Lemah Semangat?

::janganlah kamu bersedih atau berduka cita, sesungguhnya kamu lebih tinggi jika kamu beriman::
(alimran:139)

.:adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata ‘kami telah beriman’ tanpa mereka diuji:.
.Dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta:.
(alankabut:2&3)

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
(Surah Al-Imran ayat 200)

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
(Surah Al-Baqarah ayat 45)

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”
(Ar-Ra’d: 28)

Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ..
(Surah At-Taubah ayat 111)

Kepada Siapa Aku Berharap?

“Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
(Surah At-Taubah ayat 129)

Arghhh Aku Tak Tahan!!! Aku Dah Bosan!!

“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
(Surah Yusuf ayat 12)

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta. (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

“Did you think that We had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to Us?”
(Quran 23:115):

?Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.?
- Surah az-Zariyat: ayat 56.

Demi masa:.
.:sesungguhnya manusia dalam kerugian:.
.:kecuali yang beriman dan juga yang beramal soleh:.
.:yang berpesan pada kebenaran:.
.:yang berpesan pada kesabaran:.
(alquran:al-asr)

..ya tuhanku, sesungguhnya aku berkehendak kepada kebaikan yang engkau turunkan kepadaku..
(alqasas:24)


Sukar berlabuh
sebuah bahtera keinsafan
memberanikan aku sebagai nakhoda
dilautan luas gelombang yang datang
menghanyutkan segala
kemudi kedasar dosa...

Kucekalkan diriku
bergapaian air mata
meluncur bahtera ke pulau redha
kupasrahkan hatiku
meredah gelombang cinta
yang luas menggunung menghempas dosa...

Kalau tiba kepantai putih
hamparan pasir permaidani terbentang luas
rahmat dan kasih sayang Mu

Kembali bertawadhuk
dipulau yang redha ni
kuhindarkan naluri
segala mazmumah diri
beralunan lautan
bertiup bayu kesempurnaan
ditaman itu jiwa bersemadi....

Kini danau nurani bersih
berwudhu'air mata yang gugur
menyerah diri kepada Allah
mendamba kasih menghina diri
syukur hamba dengan keinsafan
telah berhijrah akan diriku
di bawah naungan keampunan
hidup matiku hanya untukMu....
http://www.youtube.com/watch?v=SSeHhvRGtks
*menggapai cinta Allah memerlukan seribu pengorbanan...setiap langkah menuju Allah pasti akan Allah balas dengan balasan yang baik..lagu ni mmg terkene ngn diri sendiri..memang sukar untuk melabuhkan cinta kita kepada Allah saw...kadang kala kita leka dengan duniawi..dan kadang kala juga kita tersasar...tp selalulah beringat bahawa dunia hanyalah tempat persinggahan dan tak kekal lama...Akhiratlah destinasi sebenar kita...tempat yg Abadi..."Janganlah kita mengejar dunia, kerana kita akan dapat dunia sahaja..tp kejarlah Akhirat kerana kita akan dapat kedua-duanya"...dan ingatlah, tidak Allah jadikan manusia dan jin ini melainkan hanya untuk beribadah kepada-Nya..sama2 lah kita mencari keredhaan-Nya dalam segala perkara yang kita lakukan...di situlah kita akan dapat ketenangan yang hakiki...ILA MARDHOTILLAH..peringatan untuk diri sendiri juga.....sama2 lah kita bermujahadah..mujahadah melawan hawa nafsu kita...insya-ALLAH..

.:: Masa ibarat Pedang ::.

About this blog

Sahabat

Sembang Ukhwah


ShoutMix chat widget

My Blog List